Ragut wanita sampai terjatuh, pemilik Honda Dash PNE1019 diburu

VIRAL di media sosial video kejadian ragut di Taman Batik, Sungai Petani sehingga mencetuskan kemarahan orang awam.

Video berdurasi 1 minit 29 saat itu yang dirakam menerusi kamera belakang (dashcam) sebuah kereta, memaparkan dua lelaki bermotosikal merampas beg tangan mangsa menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan raya.

Suspek kemudiannya memecut meninggalkan mangsa yang terbaring kesakitan.

Namun, hasil penelitian menerusi video yang tersebar mendapati motosikal berjenama Honda Dash itu memiliki nombor pendaftaran PNE1019.

Wajah salah seorang suspek turut berjaya dirakam oleh dashcam kereta tersebut.

Justeru, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu penyiasatan.



Sumber: kulihatlangitbiru.com