Siasatan video intim dikaitkan menteri masih berjalan – KPN

Posted on Sunday, June 30, 2019 | 6/30/2019


KUALA LUMPUR – Siasatan bagi mengesahkan ketulenan video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri masih diteruskan mengikut garis panduan Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Sebelum ini, saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepada pasukan khas polis yang ditubuh sebelum ini bagi menjalankan siasatan kes berkenaan.

“Mereka (pasukan khas) tidak boleh membuat kerja penyiasatan secara tergesa-gesa kerana banyak perkara yang perlu disiasat dan mereka menjalankan tugas mengikut SOP (prosedur operasi standard).

“Saya tidak dapat berikan tempoh masa bila siasatan kes ini akan dapat diselesaikan kerana kami masih dalam proses mengumpulkan bahan bukti,” katanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir program kelestarian pertubuhan di rumah Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) di sini, hari ini.

Pada 14 Jun lalu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah yang mengaitkan seorang menteri Kabinet ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Berikutan itu pada 17 Jun, pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, ditubuhkan bagi menyiasat kes itu, dan anggota pasukan itu terdiri daripada merangkumi petugas dari JSJ, Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – BERNAMA



Sumber: kulihatlangitbiru.com
Blog, Updated at: 6/30/2019

0 comments:

Loading...