Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson Nak Jadi Klon Fattzura?


Baru saja mengikat tali pertunangan Jun lalu, sememangnya ramai menjadikan pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sebagai 'couple goals'. Mana tidaknya, pasangan ini memang sama cantik sama padan.


Sering berkongsikan gambar romantis bersama, bagaimanapun ada netizen mendakwa pasangan itu mahu menjadi klon pasangan paling paling popular iaitu Fattah Amin dan Fazura. Malah ada yang mempersoalkan satu gambar di mana busana yang dipakai oleh pasangan ini mirip Fattzura.


Namun ada yang berpendapat mungkin penampilan mereka ditatarias oleh stylis yang sama menata Fattzura atau mungkin mereka mengambil inspirasi sahaja. Seperti sudah dijangka, pasti akan ada netien membandingkan kedua pasangan tersebut dimana ada yang mengatakan Fattzura lebih menyerlah dan eksklusif berbanding Zahirah dan Aiman.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan




Sumber: Oh! Media