‘Alhamdulillah Syukur’ - Azmin Ali

Posted on Friday, July 19, 2019 | 7/19/2019



Azmin Ali yang meluahkan rasa syukurnya menerusi ciapan di akaun Twitter beliau semalam telah menimbulkan persoalan dikalangan rakyat kerana tidak menyatakan sebab kesyukuran itu.

Sebelum itu, Azmin Ali yang terkait dengan skandal video seks dengan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah menjadi bualan hangat dikalangan rakyat.

Semalam , Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengeluarkan kenyataan bahawa video berkenaan adalah tulen setelah mendapat hasil analisa yang dijalankan oleh Cybersecurity. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat mengaitkan video berkenaan dengan Azmin Ali kerana pelakunya masih belum dapat dikenalpasti seratus peratus.

Sumber: New Malaysian Post

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/19/2019

0 comments:

Loading...