Anggota Polis Dilarang Ke Pusat Hiburan Jika Tiada Arahan


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim hari ini menegaskan agar semua anggotanya tidak pergi dan masuk ke pusat hiburan kecuali jika diberikan tugasan khas.

Arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador itu telah berkuat kuasa dan ia melarang semua pegawai dan anggota PDRM daripada mengunjungi pusat hiburan, judi dan maksiat bagi mengelakkan amalan rasuah.

“Arahan (melarang anggota mengunjungi pusat hiburan) sudah lama. Sebelum itu lagi kita sudah ambil tindakan terhadap anggota (yang melanggar arahan).

“Bagaimanapun, kita ambil perhatian arahan KPN itu kerana Kuala Lumpur ini banyak pusat hiburan.

Walaubagaimanapun, masyarakat kadangkala terkeliru dengan menyalah anggap bahawa kehadiran anggota polis di pusat hiburan adalah untuk berhibur tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka ke sana.

Untuk pengetahuan korang, ada ketika anggota ‘terpaksa’ masuk ke situ untuk membuat risikan dan intipan bagi mendapatkan maklumat sebelum sebarang operasi dibuat.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Oh! Media