Ayam Goreng Sebagai Hantaran Tunang?! Serius Lah?


Tular semalam di Twitter apabila ayam goreng goreng KFC digunakan sebagai pelengkap hantaran tunang. Ciapan yang mendapat ulang ciap sebanyak 10,000 ulang ciap dan 9,000 tanda suka menerangkan mengapa ayam goreng KFC digunakan sebagai hantaran pertunangan.

Pasangan perempuan, Mas Idayu Nanyan dalam ciapan berkenaan mendakwa ayam goreng berkenaan digunakan bagi melengkapkan dulang hantaran pertunangan yang masih ada satu kekosongan.



Permintaannya itu dipersoal oleh pasangannya, Abdul Fakih Akta pada mulanya, namun Mas Idayu tidak menjangka bahawa pasangannya tetap meneruskan permintaannya. Mas Idayu yang memang peminat tegar ayam goreng berasa senang dengan tindakan tunangnya itu dan tidak mengendahkan dengan hal berkenaan.





Sumber: Akaun Twitter @ayuyuyuyuuu
Sumber: Oh! Media