"Bukan Pakaian Aku Bermasalah Tapi Jiwa Dan Mentaliti Kau" - Zizi Kirana

Posted on Wednesday, July 10, 2019 | 7/10/2019



Tampil berhijab sepanjang bulan Ramadan lalu, tertanya ramai yang gembira dan memberikan sokongan buat Zizi Kirana. Malah ramai memuji penyanyi itu kelihatan ayu berbanding dengan imej seksinya. Meskipun sudah menjelaskan penampilannya berhijab adalah bagi menghormati bulan Ramadan, namun masih ramai netizen yang mengkritik imejnya.

"Sebelum ini ada yang mewujudkan #30dayshijabchallenge sepanjang Ramadan lalu dan ada yang meminta saya untuk berbuat demikian. Lalu saya fikir, bagus juga cara tersebut kerana ia secara tidak langsung menggalakkan kita untuk menutup aurat di bulan Ramadan. Walaupun saya berhijab dan berpekaian sopan, saya tetap terima mesej yang bukan-bukan, siap hantar yang 'seram'," katanya.

Kata Zizi lagi, meskipun beliau berhijab dan berpakaian sopan pada bulan ramadhan yang lalu, masih ada lagi lelaki miang meninggalkan komen mengatakan dia tetap kelihatan seksi.

"Ada yang siap komen kata saya ni pakai tudung pun nampak seksi. Sebenarnya bukan pakaian aku bermasalah, jiwa kau yang bermasalah mentaliti kau yang bermasalah. Jadi saya rasa tak ada point pun kalau ada yang nak marahkan saya. Sebabnya, orang diluar sana pun kena betulkan diri sendiri dulu," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/10/2019

0 comments:

Loading...