Demo Untuk Olympic Games Tokyo 2020 Sudah Boleh Dimainkan

Posted on Friday, July 12, 2019 | 7/12/2019




Versi demo untuk Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Game sudah boleh dimainkan sekarang. Untuk pengetahuan korang, Demo ini boleh dimuat turun sehingga 17 Julai serta dapat bermain sehingga 23 Julai.

Untuk yang bermain di PS4, korang boleh muat turun permainan ini di PlayStation Store dan untuk yang bermain di Nintendo Switch, korang boleh muat turun di Nintendo eShop. Tiga sukan akan dibawa masuk dalam versi demo ini iaitu olahraga 110m berpagar, renang 200m dan tenis.

Terdapat pelbagai acara sukan dalam trailer yang telah dikeluarkan. Permainan ini dijangka akan dilancarkan di seluruh dunia pada tahun depan dan berikut adalah senarai acara sukan dalam permainan ini:




100m dash (renang)
100m gaya bebas (renang)
110m berpagar
Lompat jauh
Lontar tukul besi
200m individual medley (renang)
Baseball
Bola sepak
Bola keranjang
Bola tampar pantai
Tinju
BMX
Tennis perseorangan
Tennis beregu
Ping pong perseorangan
Ping pong beregu





Sumber: JomGaming

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/12/2019

0 comments:

Loading...