Duit Sudah Tidak Bernilai - Bersepah di Jalanan


Adakah situasi ini akan berlaku di Malaysia? Situasi yang kami maksudkan adalah di mana matawang negara sudah tidak bernilai lagi dan ia telah berlaku di kebanyakan negara di dunia ini.

Jika korang ke Caracas, Venezuela, kita akan dapat melihat wang kertas mereka bersepah di jalanan dan ini terjadi selepas matawang mereka yang tiada nilai lagi berikutan kemerosotan ekonomi yang sangat teruk dengan inflasi sebanyak 87 peratus.


Sehinggakan ada peniaga yang mengutip wang terbabit untuk dijadikan sebagai cenderahati dengan membuat origami. Dia juga telah menganyam kepingan wang kertas terbabit menjadi beg tangan, dompet, topi dan bakul.

Daily Mail melaporkan, bapa kepada tiga anak itu berkata: “Orang ramai membuangnya merata-rata kerana sudah tiada nilai untuk membeli apa-apa. Tiada yang mahu menerima wang itu lagi.

“Kami boleh membuat origami menggunakan majalah atau surat khabar, namun wang kertas lebih baik kerana semuanya sama saiz dan saya tidak perlu membuang masa memotongnya.

“Walaupun tidak bernilai, sekurang-kurangnya saya boleh menjadikannya sesuatu yang berguna daripada membuangnya,” katanya.


Menurutnya, lima atau 10 keping wang kertas Bolivar tidak laku untuk membeli gula-gula.

Wilmer menggunakan ratusan keping wang kertas untuk membuat topi yang menyamai harga sekotak rokok yang hanya beberapa ringgit.

Jose Leon, pereka berusia 26 tahun, turut menggunakan wang kertas melukis watak Star Wars pada imej ketua gerakan gerakan kemerdekaan, Simon Bolivar dan tokoh terkenal Venezuela lain.

Ribuan penduduk negara itu yang terdesak, kini cuba berhijrah ke Columbia bagi melarikan diri daripada kebuluran dan peningkatan kadar jenayah disebabkan krisis ekonomi.



+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media