FIA European Truck Racing Championship Akan Tiba Pada Minggu Depan




Bigben Interactive telah mengumumkan permainan FIA European Truck Racing Championship dan akan dilancarkan di platform PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 18 Julai 2019.

Permainan ini berdasarkan kejohanan sebenar dan kesemua pasukan yang terlibat turut disertakan. Kebiasannya korang akan berlumba menggunakan kereta atau motosikal, tapi kali ini korang akan berlumba menggunakan truck.

Untuk pengetahuan korang, Permainan ini dibangunkan oleh N-Racing dan diterbitkan oleh Bigben Interactive. So kalau korang rasa permainan perlumbaan motosikal atau kereta sudah menjadi bosan, korang boleh lah cuba berlumba menggunakan truck pula.






+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan




Sumber: Oh! Media