GSGO: Grand Final Conqueror’s Insignia 2019 Akan Berlangsung Di Malaysia



Playtonia Esports And Associates (Playtonia) bakal mengadakan kejohanan e-sukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) yang bakal menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM289,000 ($70,000).

Menurut Playtonia, kejohanan yang dikenali sebagai Conqueror’s Insignia (CI) 2019 itu akan melibatkan komuniti permainan video di 28 negara Asia dan Timur Tengah dan akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi Grand Final.

Sejak ditubuhkan pada 2017, Playtonia memulakan kejohanan Conqueror’s Insignia pada tahun yang sama bagi menyemarakkan arena kompetitif permainan video di India. Edisi pertama kejohanan tersebut yang disertai 300 pasukan CSGO dan Dota 2 telah mendapat sambutan luar jangkaan.

Kejohanan tersebut akan menggunakan platform permainan video Playtonia dan 10 pasukan teratas di rantau tersebut turut akan menerima 3000 Playtonia Leaves. Playtonia turut menyatakan segala kos melibatkan penginapan dan penerbangan akan ditampung sepenuhnya oleh pihaknya untuk pasukan yang layak ke Grand Final Malaysia nanti.






Sumber: WTM

+ Baca respon pembaca di Oh! Media

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media