Hana Azraa Beri Gambaran Sedang Hamil?


Bekas isterinya, Ain Afini baru sahaja menimang cahaya mata sulung pada Syawal lalu, nampaknya isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa seakan memberi gambaran dia kini sedang berbadan dua.


Menerusi Insta Story, Hana dilihat memuat naik video ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik wanita hamil. Bagaimanapun, Hana berkata dia belum bersedia untuk berkongsikan sebarang berita baik kepada umum buat masa ini.


"Insya-Allah, tidak lama lagi saya akan kongsi. Sebab saya belum bersedia lagi nak kongsi apa-apa buat masa sekarang melainkan perkara itu daripada Abu sendiri," katanya. Dalam pada itu, PU Abu juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa. Kemudian timbul dakwaan mereka bernikah secara senyap di Thailand, namun PU Abu menafikannya dan menjelaskan bahawa mereka berkahwin di Malaysia.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.








Sumber: Oh! Media