Haziq Dipecat Dari PKR Selepas Membuat Pengakuan

Posted on Thursday, July 04, 2019 | 7/04/2019



Akhirnya, Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz telah dipecat serta-merta semalam. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim yag megesahkan perkara itu berkata bahawa keputusan diambil selepas diputuskan dalam mesyuarat biro politik parti.

Sebelum ini, Haziq telah menghantar surat jawapan berkenaan isu kandungan video lucah yang tersebar dan pengakuan dirinya. Oleh itu, lembaga disiplin telah meneliti dan membincangkan kandungan surat terbabit, dan menyerahkan cadangan supaya pemimpin muda itu dipecat kepada Biro Politik PKR.

“Antara alasannya ialah, beliau membuat tuduhan secara terbuka terhadap pemimpin parti membabitkan salah laku rasuah tanpa bukti,” katanya.

Pada 12 Jun, Haziq mengakui dirinya terlibat dalam hubungan seks sejenis dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali selepas satu rakaman video menjadi tular.

Sumber: New MalaysianPost

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/04/2019

0 comments:

Loading...