Ini Respon Ahmad Maslan Berikutan 'Kelam Kabut' Tanpa e-Hailing

Posted on Saturday, July 13, 2019 | 7/13/2019



Nampaknya, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan hari ini seperti biasa mengambil peluang untuk berkongsi di laman twitternya dan kali ini berikutan dengan tajuk berita mengenai masalah yang dihadapi ramai pihak terutamanya pengguna perkhidmatan e-hailing selepas kerajaan memperkenalkan peraturan baharu.

Semalam, situasi kelam kabut dikalangan pengguna telah terjadi apabila ada diantara mereka terpaksa menunggu selama 1 jam untuk mendapatkan perkhidmatan e-hailing. Ini berikutan dengan arahan kerajaan Pakatan Harapan yang menguatkuasakan ujian lesen kenderaan pengankutan awam (PSV) secara drastik.

“Rakyat tunggu hampir dua jam, tambang naik lebih 50 peratus, e-hailing kelam kabut. Tindakan rejim #PH #DAP yang drastik susahkan rakyat. Menteri tidak tunai janji, pemandu teksi protes".

“Antara tajuk berita. Mereka yang naik Grab tahu. Pagi ini pemandu Grab bawa saya dan bercerita,” tulis Maslan.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pengankutan bersetuju untuk memberi tempoh tambahan tiga bulan kepada semua pemandu e-hailing yang masih belum mematuhi syarat-syarat ditetapkan termasuk mendapatkan PSV.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan bersetuju agar penguatkuasaan peraturan perkhidmatan e-hailing dilaksanakan melalui pendekatan soft landing.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/13/2019

0 comments:

Loading...