'Kita tolong sebab dia susah tetapi dia bawa lari duit rumah sewa' - Mangsa minta orang ramai bantu kesan gadis penipu ini

Posted on Tuesday, July 09, 2019 | 7/09/2019



"Siapa ada nampak budak ini dekat mana atau kenal, boleh beritahu ye. Dia bawa lari duit rumah sewa kakak saya," demikian kata Nur Syuhada di Twitternya, hari ini. 

Berdasarkan perkongsian Nur Syuhada, bukan kakaknya sahaja yang menjadi mangsa, malah sudah ramai yang terkena dan mengalami kerugian dalam bentuk wang dan barang kemas serta beberapa barangan mahal seperti telefon bimbit. 





Difahamkan, individu bernama Annur Batrisyia Mohd Helmi Iskandar, 20, berasal dari Taman Kemas, Johor Bahru, terdahulu meluahkan kesengsaraan hidupnya membuatkan pemilik rumah sewa bersimpati lalu menawarkan diri untuk membantu. 

Namun, bantuan yang diberikan itu pula dibalas dengan pengkhianatan membuatkan pemilik rumah sewa tiada pilihan lalu membuat laporan polis. 


"Kita tolong dia sebab dia susah. Kata kena halau dengan mak dan ada masalah keluarga. Dia cerita segala cerita sedih, lepas tu, ini yang dia balas. 

"Ini drama dia, memamng tak tipu budaknya lembut dan kecil. Sebab saya yang uruskan masa hari pertama dia masuk bilik sewa. Kakak pada waktu itu outstation. Memang tak jangka dia akan buat macam ni," katanya. 

Beberapa individu yang pernah menjadi mangsa turut tampil mendedahkan kejadian yang menimpa mereka. 






Sumber: Nur Syuhada


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 7/09/2019

0 comments:

Loading...