Konami Telah Mengumumkan Perjanjian Bersama Manchester United



Konami telah mengumumkan perjanjian jangka masa panjang dengan pasukan Manchester United untuk eFootball PES (Pro Evolution Soccer). Selain itu, Konami juga akan mencipta semula skuad utama Manchester United dan stadium Old Trafford untuk digunakan dalam PES 2020.

Di samping itu. Scott Mctominay telah dipilih sebagai duta untuk eFootball PES 2020. Menariknya, David Beckham akan menjadi pemain legend yang tersenarai dalam permainan kali ini. eFootball PES 2020 akan menampilkan beberapa teknik baru antaranya dribbling (finesse dribble), cara bertahan yang lebih realistik, fizikal bola yang lebih baik, serta kemahiran dan kebolehan baru.

Untuk pengetahuan korang, eFootball PES 2020 mempunyai mod baru iaitu Matchday di mana dalam mod tersebut peminat MUFC akan dapat bersaing untuk acara mingguan. Selain itu, eFootball PES 2020 merupakan satu revolusi baru dalam permainan ini dan sudah pasti Konami tidak sabar untuk melancarkan permainan ini kepada global











Sumber: Oh! Media