Marvel's Avengers: Karakter Sama Tidak Dibenarkan Dalam Misi Sampingan



Marvel’s Avengers akan mengutamakan mod co-op dalam misi sampingan dan penggunaan hero juga akan menentukan bagaimana misi itu dimainkan. Menurut Crystal Dynamics, keserasian hero penting untuk menyelesaikan misi ini kerana setiap karakter akan digunakan mengikut situasi dan memerlukan pelbagai taktik serta strategi.

Selain itu, mereka juga mengatakan keempat-empat pemain tidak boleh menggunakan karakter yang sama dalam misi sampingan ini. Contohnya, empat Hulk selesaikan satu misi sampingan. Ini kerana Crystal Dynamics ingin pemain mencari taktik paling berkesan menggunakan pelbagai hero.

Crystal Dynamics ingin pemain berpuas hati dengan mod single-player dan mereka turut menawarkan mod co-op. Permainan Marvel’s Avengers ini akan dilancarkan di platform PS4, Xbox One, PC dan Google Stadia pada 2020.






Sumber: MyGameOn

Oh! Makan


Sumber: Oh! Media