Mati Akibat Mata Tertusuk Penyedut Minuman Besi Sehingga Ke Otak

Posted on Thursday, July 11, 2019 | 7/11/2019



Seorang wanita 60-an dilaporkan meninggal dunia akibat tertusuk penyedut minuman yang menembusi mata kirinya dan terus terkena otaknya. Kejadian itu berlaku di rumahnya, kampung Broadstone, London dan ia berlaku berpunca kerana dia terjatuh.

Mangsa dikatakan sedang membawa gelas berbentuk tembikar dengan penyedut besi tahan karat sepanjang 25 sentimeter di tengah penutup apabila beliau terjatuh, menurut laporan Daily Echo semalam.

Mangsa dibawa ke hospital selepas pasangannya menemui beliau tertiarap dan mengeluarkan bunyi ratapan berhampiran dapur.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan otak keesokan hari.

Pasangan Struthers-Gardner, Mandy berkata beliau pergi ke dapur dan melihat Lena tertiarap.

“Saya nampak penyedut minuman tertusuk ke dalam kepala.

“Saya menghubungi talian kecemasan dan meminta ambulans dihantar.

“Saya mengalihkan beliau dan melihat penyedut itu menembusi mata kirinya,” kata Mandy.

Mangsa ialah bekas joki yang mengalami kesukaran pergerakan selepas kemalangan ketika menunggang kuda ketika beliau berusia 21 tahun.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.





Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/11/2019

0 comments:

Loading...