Pasukan CS:GO Wanita Negara Kini Berada Di Valencia Untuk Dreamhack Showdown



Pasukan CS:GO wanita negara, Orange Sphynx kini berada di Valencia untuk Dreamhack Showdown. Orange Sphnyx diwakili oleh 5 orang pemain wanita iaitu Ramona Azween (30), Shanice Choo (19), Iffah Nazurah (19), Aisya Sabrina (21) dan Jasmine Sim (23). Mereka telah pun berangkat ke Valencia dan perjalanan untuk ke sana mengambil masa 23 jam.

Mereka akan mula beraksi pada hari ini dan diletakkan dalam kumpulan A. Sekiranya mereka berjaya untuk melepasi pusingan kelayakan, mereka akan layak ke pusingan kalah mati dan pusingan terakhir.

Untuk pegetahuan korang, Orange Sphnyx akan menentang pasukan gergasi CS:GO wanita iaitu Dignitas pada perlawanan pertama. Semoga mereka dapat melakukan yang terbaik untuk layak ke pusingan seterusnya. Orange Sphynx juga berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan berjumlah $100,000 USD.








Sumber: Oh! Media