Pelantikan "Mak Nyah" Oleh KKM Dalam CCM Cetus Kontroversi


Tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia melantik seorang lelaki dengan penampilan wanita, Rania Zara Medina sebagai ahli jawatan kuasa sebuah pertubuhan Country Coordinating Mechanism (CCM) mendapat kritikan ramai di media sosial.

Pelantikan tersebut menjadi panas selepas Rania Zara sendiri semalam membuat pengesahan mengenai pelantikan itu di akaun Facebook miliknya.

Rania Zara turut memuat naik surat pelantikannya yang ditandatangani Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada 25 Jun lalu. Difahamkan Rania Zara mewakili komuniti mak nyah di negara ini dalam CCM.



Difahamkan Rania Zara bukanlah transgender pertama yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa itu selepas beberapa wakil antaranya Vee Izhar pernah dipilih sebelum ini.

Berdasarkan laman web Global Fund, CCM ialah ahli jawatankuasa kebangsaan di setiap negara yang mengemukakan permohonan pembiayaan kepada Global Fund bagi pihak seluruh negara. Mereka termasuk wakil daripada kerajaan, sektor swasta, NGO, orang ramai dan masyarakat yang hidup dengan penyakit terutamanya HIV/AIDS.

Bagaimanapun pelantikan Rania Zara menjadi perhatian ramai sehingga menimbulkan kontroversi apabila didakwa kerajaan seolah-olah mengiktiraf komuniti mak nyah sehingga dilantik dalam sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan.

Bertindak dari kritikan orang ramai, KKM telah menyiarkan kenyataan akhbar mengenai perlantikan Rania Zara Medina dalam CCM.



Sumber: Sinar Harian dan Facebook Rania Zara Medina
Sumber: Oh! Media