Remaja gantung diri selepas dimarahi oleh kakaknya kerana ponteng sekolah


Seorang remaja lelaki ditemui mati dalam biliknya di tingkat tiga di Lo Chung Park, beberapa jam selepas dimarahi oleh kakaknya kerana ponteng sekolah. 

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 1.50 petang, Isnin, 8 Julai. 

"Polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 2.05 petang dan mendapati mayat mangsa, Andrew Wong, 15,  telah diletak di ruang tamu. 

"Sebuah ambulan juga berada di lokasi. Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat menggantung diri," katanya. 

Difahamkan, ibu mangsa yang berusia 51 tahun keluar bekerja pada jam 6.40 pagi dan anak bongsunya pergi ke sekolah. Mangsa tinggal di rumah bersama kakak sulungnya yang kemudian keluar bekerja. 

Apabila adiknya pulang ke rumah sekitar jam 1.30 petang, dia mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dalam bilik. 

Dia segera membuka tali di leher mangsa dan terus menghubungi ibunya. 

Menurut Azmir, kejadian itu dipercayai berlaku kerana mangsa kecewa dimarahi oleh kakaknya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 

Sumber: The Star


Sumber : thereporter.my