Risau dengan nasib Juara bertahan

Posted on Monday, July 08, 2019 | 7/08/2019


Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) III, Badrul Afzan Razali, mengakui gusar dengan aksi tidak konsisten juara bertahan Piala Presiden itu dalam pemburuan slot suku akhir.

Menurutnya, kecederaan dan penggantungan pemain telah menjejaskan TFC III yang berada di tangga ketiga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Perak.

Lebih mencemaskan apabila tiga pasukan, PKNP FC, Kuala Lumpur dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) pula mengekori TFC III dengan jurang mata yang rapat.

"Semua pasukan masih berpeluang merebut empat kedudukan teratas dan keadaan boleh berubah seandainya kami hilang fokus.

"Saya agak risau melihat rentak tidak konsisten dalam setiap perlawanan, terutama apabila pasukan ketiadaan tonggak," jelasnya.

"Pemain-pemain simpanan perlu menunjukkan kemampuan mereka serta meningkatkan keupayaan pasukan. - Arena

Blog, Updated at: 7/08/2019

0 comments:

Loading...