Rita Rudaini Menangis Dalam Bilik Air


Sudah lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Rita Rudaini mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk dilaluinya. Rita berkata dia perlu bekerja keras dalam bidang seni untuk memberikan yang terbaik buat anak-anaknya. Rita turut bersyukur segala urusan membesarkan anak dipermudahkan.

"Sudah lapan tahun saya membesarkan dua anak sebagai ibu tunggal. Saya bekerja keras siang dan malam demi memastikan dua anak dapat pendidikan yang terbaik dan hidup dengan lebih selesa. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segala urusan membesarkan anak dan karier seni dipermudahkan Allah SWT," katanya.

Rita memberitahu setiap kali berdepan masalah dia tidak suka menunjukkan kesedihan di hadapan anak kerana dia dianggap hero di mata anak-anaknya. Rita dan Aidil Zafuan berkahwin pada 2008 namun bercerai lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin, 10 dan Airit Qaqa Arjuna, 8

"Terus terang, saya tidak suka menangis depan anak kerana mahu mereka anggap 'mummy' adalah hero mereka. Saya menangis bukan kerana diri ini lemah sebaliknya perlu meluahkan kesedihan itu untuk meneruskan kehidupan. Selalunya, saya akan masuk bilik air pada waktu malam untuk menangis dan meluahkan kesedihan yang dipendam," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.








Sumber: Oh! Media