'Saya minta maaf kerana tak dapat jaga dia' - Ibu tinggalkan bayinya di pintu surau

Posted on Wednesday, July 31, 2019 | 7/31/2019



Seorang bayi lelaki ditemui di sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh, semalam, bersama dengan sekeping nota. 

Bayi itu ditemui oleh kariah surau berkenaan pada jam 6 pagi dalam keadaan berpakaian dan diselimuti kain pelikat di pintu masuk surau. 

"Assalamualaikum. Muhammad Farooq Aiman. Lahir pada 29 Julai 2019 pada jam 4.48 petang. 

"Tolong jaga atau letakkan dia di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia. Terima kasih," demikian pesanan terakhir ibunya pada nota yang disertakan. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati bayi berusia sehari itu tidak mempunyai sijil kelahiran dan tali pusatnya juga telah dipotong. 

"Bayi berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut. 

"Pemeriksaan di tempat kejadian dapati, tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 7/31/2019

0 comments:

Loading...