Selepas Aladdin, Will Smith Jadi Ejen Perisik Pula!


Kemunculan pelakon dan pelawak, Will Smith dalam filem Aladdinmembawa watak Genie (jin) sememangnya mengujakan peminat. Lakonannya meninggalkan kesan kepada setiap penonton yang menonton filem live action tersebut.

Selepas menjadi Genie, Smith bakal muncul sebagai ejen perisik pula menerusi filem animasi Spies in Disguise. Kali ini, Smith bergandingan dengan pelakon dari filem Spiderman: Far From Home, Tom Holland.



Filem arahan oleh Nick Bruno dan Troy Quane itu juga dilakonkan oleh Ben Mendelsohn, Karen Gillan, Rashida Jones, dan juga penerbit lagu terkenal, DJ Khaled. Filem animasi tersebut juga merupakan hasil adaptasi daripada filem pendek Pigeon: Impossible. Spies in Disguise akan mula ditayangkan pada 25 Disember 2019.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media