Seorang Tertuduh Membunuh Zulfarhan Dilepas dan Dibebaskan?

Posted on Wednesday, July 31, 2019 | 7/31/2019



Nampaknya rata-rata rakyat Malaysia gembira dengan berita yang viral hari ini iaitu berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tentang kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain 2 tahun lalu.

Sebentar tadi Ohmedia ada kongsikan satu video di Twitter yang menunjukkan bapa arwah melakukan sujud syukur selepas keluar dari Mahkamah.

Mahkamah sebentar tadi telah memerintahkan agar 18 tertuduh melakukan pembelaan diri. Namun, kami ingin kongsikan pula bahawa seorang tertuduh iaitu Muhammad Akmal Akif Alias dilaporkan telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mencederakan Zulfarhan.

Namun, enam lagi tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali telah didakwa membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM yang beraku kira-kira jam 4.45 pagi sehingga jam 5.45 (1jam) pada 22 Mei 2017.

6 tertuduh ini telah disabit mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati andatori.

12 lagi tertuduh pula akan disabit mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dioenjara sekana tujuh tahun maksimum dan denda.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/31/2019

0 comments:

Loading...