"Sukar Untuk Jelaskan Kenapa Saya Buka Tudung" - Fathia Latiff


Setelah melalui pelbagai kontroversi sebelum ini, Fathia Latiff tampil dengan penampilan baru, berambut pendek tetapi nampak lebih kemas. Tapi sehingga kini, Fathia sukar untuk jelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun Fathia bersyukur peminat masih menerima kehadirannya di dalam industri dan tidak pernah mempersoalkan atau membangkitkan kontroversi panasnya sebelum ini mahupun soal tentang membuka hijab.

"Setakat ini, saya berjumpa peminat di luar, mereka tak pernah bercakap atau bertanyakan saya mengenai hal peribadi seperti buka hijab dan sebagainya. Mereka menghormati saya dan keputusan yang saya lakukan.

"Mungkin ada netizen yang bercakap buruk tetapi saya tak boleh elak. Saya banyak belajar dari pengalaman dan kesilapan yang saya lakukan, jadi saya mahu menjadi lebih serius dalam bidang hiburan selepas ini.

"Sangat sukar untuk saya jelaskan mengenai perkara peribadi yang terjadi dalam hidup saya. Mengenai sebab sebenar saya buka tudung, saya rasakan lebih baik saya simpan untuk diri saya sendiri," katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.






Sumber: Oh! Media