Syno Dikatakan Berhasrat Untuk Menyertai Bosskurr




Pemain Mobile Legends : Bang Bang, Mohamad Amir Afdhal Ruzlan atau lebih senang dikenali sebagai Syno dikatakan berhasrat untuk menyertai pasukan Bosskurr Gaming. Pengurus MLBB Shopee Bosskur, Nureddy Nursal (Daddy) berkata Syno memang ada menunjuk minat untuk menyertai Bosskurr Gaming namun beberapa perbincangan bersama pihak pengurusan Syno perlu dilakukan.

“Syno ada kontrak perjanjian dengan pasukannya ICON MY, jadi saya tidak boleh suka-suka membuat keputusan. “Kalau betul-betul Syno mahu berbincang, dia kena bawa pihak pengurusnya sekali. Mungkin boleh bawa berbincang di UKM Bangi pada minggu ini.

“Syno memang mempunyai peminat dan nilainya yang tersendiri. Jika dia mahu bergabung dengan kami, memang akan menjadi lebih besar. Cuma saya tidak boleh suka-suka serapkan Syno ke dalam Bosskurr,” kata Daddy. Daddy berkata demikian dalam satu sesi soal jawab bersama peminat dalam satu penstriman langsung baru-baru ini.

Sumber: WTM






Sumber: Oh! Media