Umur 18 Tahun Akan Didaftarkan Secara Automatik Sebagai Pengundi

Posted on Tuesday, July 09, 2019 | 7/09/2019



Cadangan dari blok pembangkang untuk memastikan golongan muda berusia 18 tahun terus didaftarkan sebagai pengundi secara automatik, disambut baik kerajaan dan perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Mahathir yang ia akan dibawa dalam pembentangan di Parlimen bagi pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut berkata yang Perdana Menteri akan mempengerusikan satu mesyuarat bersama pimpinan parti bagi memperkasakan belia di Parlimen pada Rabu ini.

Selain itu, isu teknikal lain yang turut akan disentuh bagi pindaan Perlembagaan adalah berkenaan untuk menurunkan juga umur calon bertanding kepada 18 tahun.

Syed Saddiq kini sedang membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 bagi bacaan kali pertama. Bacaan kali kedua dijangka pada persidangan Parlimen berakhir 18 Julai ini.

Usul pindaan Perkara 119(1) Perlembagaan itu bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Nampaknya, pihak kerajaan dilihat begitu bersemangat untuk memastikan perkara ini dapat dilaksana kerana ia merupakan sebahagian daripada janji manifesto Pakatan Harapan dan telahpun dipersetujui Kabinet tahun lalu.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 7/09/2019

0 comments:

Loading...