Wanita Jelaskan Hubungan Sebenar Dengan Aliff Aziz


Meskipun rumah tangganya dengan Bella Astillah sudah pun bertemu titik noktah pada 16 Mei lalu, nampaknya kisah peribadi penyanyi Aliff Aziz masih lagi menjadi bualan ramai netizen.

Baru-baru ini, Aliff Aziz ada memuat naik gambar mesra bersama seorang wanita di Instagram. Seperti sudah dijangka, foto tersebut mencetuskan spekulasi di mana ramai beranggapan Aliff sudah move on dari kisah lalunya.


Tidak mahu netizen menyalah tafsir hubungan mereka, wanita tersebut yang dikenali sebagai Tika Sheikh itu tampil menjelaskan bahawa dia adalah sepupu kepada Aliff Aziz. Terdahulu selepas tular gambar tersebut, ada netizen mula mengirimkan gambar berkenaan kepada Bella Astillah.


Bagaimanapun, Bella memberitahu dia sedikit pun tidak terkesan memandangkan mereka sudah bercerai. Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Aliff dan Bella. Netizen pun janganlah cuba untuk mencetuskan provokasi.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media