15 & 16 Oktober tarikh bicara kes salahguna dadah anak Menteri Pertahanan

Posted on Thursday, August 08, 2019 | 8/08/2019



Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 15 dan 16 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan anak lelaki Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31. 

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding pengurusan kes dihaadapi tertuduh. 

Tertuduh yang diwakili peguam Nasar Khan, dan Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatin Mohamad Farid tidak membantah tarikh perbicaraan yang ditetapkan itu. 

Ahmad Saiful Islam didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol9-carboxylic acid atau THC yang juga terdapat pada ganja di sebuah tandas di Hotel W, Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi, 5 Januari lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun di bawah Seksyen 38B akta sama jika sabit kesalahan. 

Sumber: Sinar Harian


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/08/2019

0 comments:

Loading...