Ambulans Terbabas, Korbankan Pemandu dan Pesakit

Posted on Sunday, August 04, 2019 | 8/04/2019



Ini satu berita yang amat menyedihkan bagi Ohmedia apabila sebentar tadi dilaporkan berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah ambulans dan dipercayai pemandu dan pesakit maut. Nahas yang berlaku di kilometer 368.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan Slim River itu terjadi jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi mangsa yang juga ada di dalam ambulans termasuk seorang doktor wanita dilaporkan cedera. Berdasarkan laporan pihak Bomba Slim River, ambulans berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar besi pembahagi jalan.

Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut. Operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 8.17 pagi, katanya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/04/2019

0 comments:

Loading...