Angkara Dendam Lama, Seorang Juruteknik Maut Di Tetak!

Posted on Thursday, August 01, 2019 | 8/01/2019


Sumber :Google

Akibat dendam, manusia mampu bertindak diluar kawalan. Begitulah kisahnya seorang lelaki yang juga seorang juruteknik maut ditetak oleh sekumpulan lelaki berparang di Gombak semalam.

Dipetik dari Sinar Harian, anggaran 20 lelaki berusia dalam lingkungan 19 tahun hingga 27 tahun datang menaiki 10 kenderaan bertindak menyerang mangsa bersama seorang rakan. Walaubagaimanapun, rakan mangsa hanya mengalami cedera ringan di bahagian tangan.

Sekumpulan suspek berkenaan terdiri daripada mereka yang bekerja sebagai pembungkus sayur dan pemandu grab dan yang lain hanya penganggur. Pihak polis mendapati kes ini adalah bermotifkan dendam dan akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/01/2019

0 comments:

Loading...