Bayi 12 bulan maut didera, 39 kesan kecederaan ditemui di badannya

Posted on Saturday, August 10, 2019 | 8/10/2019



Seorang bayi perempuan berusia 12 bulan didera sebelum dibunuh oleh pengasuh dan suaminya di kediaman mereka di Gombak, Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kematian bayi itu pada jam 8.48 malam selepas doktor sebuah klinik swasta menghubungi talian MERS 999. 

Siasatan awal mendapati, pengasuh itu membawa mangsa ke klinik tersebut dan mendakwa mangsa terjatuh dari sofa dalam keadaan terlangkup ketika dia berada di dapur. 

Ketika dibawa ke klinik, mangsa sudah tiada degupan jantung dan doktor berusaha menyelamatkan mangsa selama 15 minit tetapi tiada respon, lalu disahkan meninggal dunia. 

hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan parah di bahagian kepala disebabkan objek tumpul. Malah terdapat 39 kesan kecederaan pada bahagian badan dan kecederaan di kepala tidak konsisten dengan kenyataan suspek yang kononnya mangsa terjatuh sendiri. 

Susulan itu, pasangan suami isteri dan ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan. 

Siasatan juga mendapati ibu mangsa sebelum ini turut menyerahkan kepada pengasuh bersama suaminya untuk menjaga anaknya. Semakan mendapati, lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah. 

Pengasuh dan suaminya mengaku terbabit dalam kejadian itu dan ketiga-tiga mereka direman sehingga Selasa depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/10/2019

0 comments:

Loading...