Faizal Tahir Tenang Jawab Dakwaan Foto Bogel

Posted on Saturday, August 03, 2019 | 8/03/2019



Nampaknya Malaysia memang tak dapat lari dengan penyebaran foto lucah. Perkara macam ni nampaknya semakin gemar dimainkan sesetengah pihak dan ia boleh menjadi fitnah yang amat mudah dan bahaya. Ohmedia bercakap mengenai isu ini apabila seorang penyanyi terkenal, Faizal Tahir yang cukup bersih tanpa sebarang kontroversi kini terpalit pula dengan dakwaan penyebaran foto lucah peribadi.

Namun, Faizal Tahir dilihat amat tenang apabila hanya menyerahkan perkara itu kepada netizen untuk membuat penilaian.

Kalau anda merasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah, katanya.

Faizal Tahir juga menegaskan bahawa penyebaran ini hanyalah cubaan pihak tertentu untuk menganggu keamanan rumah tangganya.

Kalau ini percubaan orang untuk kacau rumah tangga saya, saya doakan baik-baik untuk dia. Rumah tangga saya bahagia. Saya rasa, saya tidak perlu untuk menjawab apa-apa kerana tiada siapa yang boleh mengadili diri saya. Hanya isteri dan Allah sahaja yang tahu, katanya dalam laporan Kosmo!.

Bagi Ohmedia, sekiranya korang dapat gambar mana-mana pihak yang mungkin menunjukkan aib seseorang, janganlah sebarkannya dan anggaplah apa yang dilihat itu hanya fitnah dan biarkan ia berlalu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Makan



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/03/2019

0 comments:

Loading...