'Individu hina ATM adalah musuh negara' - Menteri Pertahanan


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan ATM terbuka untuk menerima kritikan, pandangan dan diberi tunjuk ajar tetapi perbuatan menghina ATM adalah tidak boleh diterima dan pihak yang berbuat demikian dianggap sebagai musuh negara.

Beliau berkata, perbuatan individu yang berbuat demikian adalah jijik dan sangat tidak boleh diterima.

"Bagi kita, sesiapa sahaja yang menghina ATM tanpa mengira kaum dianggap musuh negara dan rakyat," katanya.

Mohamad menjelaskan, pihak kementeriannya telah membuat laporan polis dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis sama ada mahu mengambil tindakan atau tidak terhadap ahli perniagaan Koon Yew Yin.

"Kemerdekaan, kedaulatan dan keamanan negara yang dinikmati hari ini adalah hasil pengorbanan anggota tentera yang sanggup menggadai nyawa mereka. Jadi marilah sama-sama berdiri teguh di belakang mereka," katanya.

Sumber: Harian Metro

Sumber : thereporter.my