Jana 8 Juta Sebulan Melalui Jualan Buah? Seriuslah?!

Posted on Monday, August 05, 2019 | 8/05/2019


Sumber: Metro Online
Siapa sangka, dengan hanya menjual buah-buahan, seorang pemuda mampu meraih pendapatan enam angka sebulan. Beliau dikenali sebagai Chin Ken Soon, 38 memiliki kebun buah-buahan yang luas di Jelebu dan Kuala Kurau, Pahang.

Tidak hanya fokus kepada buah durian semata-mata, belimbing, tembikai, betik dan manggis yang ditanamnya dieksport ke beberapa negara di Asia dan Eropah. Dakawanya, buah belimbing dan betik adalah buah paling banyak permintaan di luar negara seperti China, Arab Saudi dan beberapa negara Eropah seperti Poland serta Belanda.

Buah durian yang diusahakan turut memberikan pendapatan yang lumayan kepadanya meski untuk pasaran tempatan. Antaranya jenis yang diusahakan olehnya, Musang King, Udang Merah, D24, Teka serta durian kampung yang mampu memberinya 3 hingga 4 juta pendapatan sebulan.

Chin Ken Soon mendakwa, buah-buahan yang diusahakan masih belum mampu memenuhi permintaan terutamanya di Eropah apabila menjelang September hingga Oktober.

Sumber : Metro Online
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/05/2019

0 comments:

Loading...