Janna Nick Mengaku Tak Pakai Pakaian Sopan Ketika Beri Ceramah Motivasi


Korang ada tengok artikel pasal Janna Nick baru-baru ni tak? Baru-baru ni kan dia kena kecam sebab pakai baju ketat, sendat dan padat time dia bagi ceramah motivasi buat pertama kali dekat student.

Tak apa gais. Bagi yang belum tengok artikel tu, korang boleh click link dekat bawah ni dan pandai-pandailah korang menilai sendiri pakaian Janna Nick ni. Selepas dia kena kecam, baru dia mengaku yang dia salah dan dia sedar apa yang dia pakai tu sebenarnya tak sopan.

BACA: "Bagi Ceramah Motivasi Tetapi Pakaian Ketat Sendat Padat" - Netizen

Janna memohon maaf sebab pakai macam tu dan dia terima teguran daripada korang dan dia tak menyalahkan netizen pun. Ceramah motivasi yang dia buat tu sebenarnya bukan di universiti tetapi adalah sebuah majalah gaya hidup.

Saya mengaku memang silap saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu. Ini kali pertama saya dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mungkin disebabkan itu saya tidak pasti mengenai cara pemakaian yang betul. InsyaAllah saya akan perbaiki kalau selepas ini dipanggil lagi untuk memberi ceramah dan memakai baju mengikut kesesuaian acara. Saya ambil perkara ini secara positif saja. Saya tak menyalahkan netizen sebab bagi saya, kalau mereka tak tegur, saya sendiri tak tahu kesilapan saya itu. Jadi saya terima sahaja teguran mereka dengan baik dan positif. Saya faham nak sampaikan sesuatu ilmu pengetahuan itu kita kena la berpakaian sopan berhadapan dengan umum. Walaupun sebenarnya program itu bukan dilakukan du universiti atau koleh tapi ia adalah anjuran sebuah majalah gaya hidup. Tapi segala kesilapan kecil itu saya akan cuba elakkan selepas ini.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Moto Vlog




Sumber: Oh! Media