'Kau ingat duit boleh bawa masuk kubur ke jibake?' - Lelaki tak nak bayar hutang, ugut rogol mangsa

Posted on Saturday, August 03, 2019 | 8/03/2019



"Aku rasa nak rogol kau ramai-ramai," demikian ugutan dari peminjam hutang yang berdolak-dalih membayar hutangnya, membuatkan wanita ini nekad membuat laporan polis. 

Difahamkan, mangsa pada awalnya cuba meminta lelaki itu membayar hutangnya berjumlah RM500 yang dipinjam pada tahun 2016. Malangnya, lelaki itu pula menyindirnya seolah-olah tiada rasa bersalah dalam dirinya yang telah berhutang sejak sekian lama. 

Berdasarkan status WhatsApp, lelaki itu berkata, "Kau ingat duit boleh bawa masuk kubur ke jibake. Lebih pentingkan dunia dari dunia akan berakhir," katanya selain meminta wanita itu insaf dari asyik mementingkan duit. 



Dalam perbualan WhatsApp mereka, lelaki itu menafikan dia meminjam RM500, sebaliknya hanya RM180 sahaja dan ketiadaan surat hitam putih menjadikan dia berani menegaskan bahawa dia hanya meminjam jumlah yang kecil sahaja. 


Mangsa kemudian memuat naik segala kenyataan lelaki itu di media sosial, termasuk nombor telefonnya menyebabkan ramai yang menghantar mesej mengecam tindakan lelaki terbabit. 

Berang diserang netizen, lelaki itu memuat naik status di WhatsApp yang mengugut mahu merogol mangsa. 


Laporan polis telah dibuat dan tweet perkongsian itu juga telah dipadamkan. Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya, namun wajarlah kita menjadi kejadian itu sebagai pengajaran. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/03/2019

0 comments:

Loading...