Lintah masuk dalam kemaluan budak perempuan, hisap darah sehingga kekenyangan

Posted on Friday, August 02, 2019 | 8/02/2019



Baru-baru ini seorang wanita di Thailand memberi peringatan kepada golongan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak dari serangan serangga berbahaya ketika di musim hujan. 

Wanita itu berkongsi mengenai insiden yang berlaku kepada anak perempuannya berusia empat tahun di mana lintah memasuki bahagian kemaluan dan menghisap darah anaknya. 

Tiada siapa yang tahu bagaimana lintah tersebut dapat memasuki bahagian itu kerana mangsa selalu memakai lampin dan berada di rumah. 

Menurut laporan China Press, lintah itu memasuki kemaluang mangsa dan menghisap darahnya sehingga kekenyangan sebelum terjatuh sendiri. 

Meskipun gigitan lintah itu nampak seperti tidak berbahaya, tetapi darah yang mengalir keluar dari kemaluan anaknya mengambil masa yang agak lama sebelum berhenti sepenuhnya. 

Mangsa dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Doktor berkata, gigitan lintah itu tidak bertoksik tetapi doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan kanak-kanak perempuan itu selamat. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/02/2019

0 comments:

Loading...