'Melampaunya tweet kau...'

Posted on Thursday, August 15, 2019 | 8/15/2019



Bukan sahaja menyebarkan fitnah, malah lelaki ini tanpa berfikir panjang mendakwa remaja perempuan warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu, kononnya diserang secara seksual oleh Orang Asli.

Dengan yakinnya dia juga mendakwa polis tidak akan dapat mencari suspek kerana Orang Asli tidak mempunyai kad pengenalan. 

Sehinggalah pihak berkuasa hari ini mengesahkan bahawa laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang kesan jenayah atau kesan dirogol seperti yang didakwa individu tidak bertanggungjawab itu. 

Setelah dikecam netizen, lelaki terbabit memadamkan tweet hasutan itu dan mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan juga kaum Orang Asli. 

"...saya terlampau mengikut perasaan apabila mengikuti kes tersebut daripada media. Saya telah membuat satu post di Twitter yang agak berbaur hasutan terhadap golongan Orang Asli. 

"...saya tidak patut membuat sebarang spekulasi sama ada dia dirogol, dibunuh atau diculik bunian. Apatah lagi menyebarkannya di media sosial...

"Untuk pengetahuan semua, saya pernah bersekolah asrama di Negeri Sembilan dan mempunyai beberapa rakan yang dari keluarga Orang Asli dan saya tidak pernah memandang serong terhadap mereka. Saya menghormati mereka seperti manusia lain. 

"Saya telah menerima banyak ancaman dari tweet tersebut dan saya akur untuk delete post itu. Saya sekali lagi memohon maaf ke atas semua Komuniti Orang Asli seluruh Malaysia dan saya sangat menyesal dengan kelakuan saya," katanya. 


Selain itu, Zikri turut memohon maaf kepada PDRM, SKMM di atas tweet melampaunya itu dengan harapan tiada tindakan dikenakan terhadapnya. 


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/15/2019

0 comments:

Loading...