Memo Larangan Solat, Pekerja Dakwa Ianya Sahih!

Posted on Friday, August 02, 2019 | 8/02/2019


Sumber : Google
Beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai larangan menunaikan solat ketika waktu bekerja oleh sebuah kilang plastik di Sungai Kapar sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Dalam memo berkenaan, sekiranya larangan dilanggar pekerja akan dikenakan denda sebanyak RM500 untuk setiap kali kesalahan.

Semalam berdasarkan info yang diperoleh, kilang berkenaan menafikan larangan solat waktu bekerja berkenaan. Penafian tersebut dilakukan selepas wakil pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menghubungi pihak pengurusan kilang.

Sumber : Utusan
Namun seorang pekerja yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, memo berkenaan yang dikeluarkan dan diedarkan oleh pihak kilang memang sah. Setelah menjadi isu, pihak pengurusan telah bertindak menukarkan waktu rehat bagi mengelakkan hal ini berpanjangan.

Tambah pekerja berkenaan, hal ini terjadi kerana salah faham yang wujud memandang pengurus syarikat bukan beragama Islam dan tidak memahami waktu solat umat Islam.

Sumber : Utusan Online


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/02/2019

0 comments:

Loading...