Murid Tahun 5 rogol kakak sepupu 4 kali kerana terpengaruh dengan video 'biru' di handphone

Posted on Thursday, August 15, 2019 | 8/15/2019



Polis menahan seorang murid lelaki Tahun Lima kerana didapati merogol kakak sepupunya yang berusia 12 tahun di kediaman mereka, Penampang, Sabah. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, suspek dan mangsa dikesan melakukan hubungan intim di dalam bilik tidur sebelum disedari oleh abang mangsa. 

Ibu mangsa kemudian terus membuat laporan polis.

Bertindak di atas laporan itu, polis menahan suspek pada jam 12 tengah hari keesokan harinya untuk siasatan lanjut. 

Siasatan mendapati, suspek mengaku sudah empat kali melakukan perbuatan itu dengan mangsa, malah suspek mengaku dia terpengaruh dengan video 'biru' yang ditontonnya melalui telefon bimbit. 

Polis sedang menyiasat bagi mengenalpasti kejadian itu berlaku semenjak bila dan suspek direman seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/15/2019

0 comments:

Loading...