Penemuan Mayat Ketika Misi Mencari Nora Anne Dilakukan, Kata Pihak Polis

Sumber dari Sinar Harian
Mengenai misi mencari remaja Ireland bernama Nora Anne seakan memberi petunjuk baru apabila ketika misi mencari dilakukan, satu mayat telah dijumpai berdekatan dengan Gunung Berembum.

Penemuan ini disahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop. Beliau berkata, lokasi mayat yang dijumpai berkenaan sukar untuk dimasuki. Jantina mayat yang dijumpai berkenaan masih tidak dapat dipastikan lagi, kerana menunggu keputusan dari pasukan forensik yang dikerahkan ke lokasi penemuan berkenaan.

Untuk info, Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu, ketika keluarga dari Ireland tersebut menginap di sebuah tempat penginapan di pinggir bandar Seremban. Masuk hari ini, sudah 10 hari misi mencari menyelamat dilakukan. Ganjaran turut disediakan kepada mereka yang menjumpai remaja berkenaan oleh pihak keluarga remaja berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Travel


Sumber: Oh! Media