Peringatan! Tingkah Laku Anda Diperhatikan Sepanjang Berada Dalam Pawagam

Posted on Saturday, August 10, 2019 | 8/10/2019



Aduh, kenapa masalah macam ni mesti berlaku di negara kita? Sepatutnya perkara seperti ini tidak boleh berlaku. Jika dahulu kita telah diberitahu tentang kesedaran untuk tidak membeli barangan cetak rompak bagi filem-filem. Kini kita perlu menyedarkan ramai orang untuk tidak merakam sewaktu menonton filem di pawagam.

Bagi menangani isu ini, Ohmedia melihat banyak juga tindakan yang diambil dan kita perlu pandang serius. Sekarang, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP telah mengeluarkan amaran bertulis terhadap 10 orang individu atas kesalahan merakam mahupun mengambil gambar semasa di dalam pawagam.

Ketua Penguat Kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur Azeem Nazuri berkata, sebanyak 32 pemeriksaan dilakukan di 22 pawagam sekitar ibu negara dalam operasi sejak 28 April itu.

Individu yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan penalti mengikut Seksyen 43A Akta Hak Cipta 1987 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, katanya.

Jadi korang, yang mungkin pernah melakukan perbuatan seperti ini dalam sedar atau tidak, hentikanlah ok! Lagi-lagi bila ianya datang dari filem tempatan kita sendiri, siapa lagi akan support jika bukan kita.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/10/2019

0 comments:

Loading...