Perkembangan Positif Ainul Mardhiah Umpama Sinar Baharu

Posted on Thursday, August 08, 2019 | 8/08/2019



Adik Ainul Mardhiah, setelah beberapa minggu selamat pulang ke Malaysia, peluang melihat puteri sulung Ahmad Safiuddin membesar secara normal semakin positif.

Alhamdulillah, Ainul Mardhiah kekal sihat dan menunjukkan perkembangan positif setiap hari. Sudah hampir setahun, kamu keluar masuk hospital, walid dengan mama sudah terbiasa. Janji kamu dapat sihat sepenuhnya anak. Besar harapan kami mahu melihat kamu membesar secara normal seperti bayi lain. Insya-Allah anak, masa kamu akan tiba nanti. Kamu akan menjadi anak yang bermanfaat dan membahagiakan kami. Sekarang, biar mama dan walid berbakti kepada kamu dulu sebab kamu adalah tanggungjawab kami. Apapun berlaku, mama dengan walid akan sentiasa berada di sisi Ainul, kata Ahmad di Facebook miliknya.

Ahmad dan isteri juga mengatakan mereka telah biasa ulang alik ke hospital setelah hampir setahun menguruskan Ainul. Ohmedia dan semua rakyat Malaysia akan terus mendoakan yang terbaik buat adik Ainul Mardhiah.



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/08/2019

0 comments:

Loading...