Selepas Negeri Di Utara Tanah Air, Kini Kelantan Dijangka Akan Dilanda Ribut Petir Esok Petang

Posted on Saturday, August 10, 2019 | 8/10/2019


Sumber : Google
Semalam tular beberapa klip video di media sosial yang memaparkan angin kencang dan ribut badai yang melanda beberapa negeri di utara tanah air, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis sehingga menyebabkan seorang mangsa terkorban yang dilaporkan berlaku di Jitra, Kedah.



Mangsa menemui ajal kerana digilis sebuah kereta selepas motosikal yang ditungganginya terkena zink yang terbang akibat angin kencang dan ribut badai yang melanda daerah itu.

Hari ini Jabatan Meteorologi Negeri Kelantan mengeluarkan kenyataaan bahawa angin kencang dan ribut badai akan melanda beberapa daerah di negeri berkenaan ketika semua umat Islam menyambut  Aidiladha.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kelantan, Rabiah Zakaria memaklumkan bahawa rakyat di negeri berkenaan tidak perlu bimbang kerana tidak sama dengan apa yang berlaku di utara tanah air semalam. Dipetik dari Metro Online, kejadian ribut adalah berpunca dari pergerakan Angin Monsun Barat Daya.

Tapi Ohmedia nak ingatkan supaya berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca terkini bagi mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sumber : Metro Online



Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/10/2019

0 comments:

Loading...