Tersebar Dakwaan Penganjuran Pesta Separuh Bogel di Pulau Perhentian

Posted on Friday, August 02, 2019 | 8/02/2019



Korang pernah pergi bercuti Pulau Perhentian? Memang pulau ini menjadi satu tempat percutian yang paling digemari ramai pelawat yang datang dari dalam dan luar negara. Tetapi negara kita menjaga dan melarang sebarang aktiviti yang melampaui batas, tidak seperti pulau-pulau di negara lain seperti Thailand.

Apa yang Ohmedia maksudkan adalah berikutan penganjuran pesta tarian separuh bogel yang dilaporkan akan diadakan di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut. Oleh itu, pihak PDRM dan JHEAT dilaporkan akan menyiasat perkara ini agar ia tidak berlaku seperti apa yang didakwa.

Sekiranya aktiviti tidak bermoral ini berlaku, pemilik sesebuah chalet boleh dikenakan tindakan kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.

Setakat ini kita hanya menerima gambar serta rakaman pesta tarian separuh bogel itu menerusi laman sosial selepas ia ditularkan, tetapi sebelum tindakan diambil, siasatan terperinci perlu dilakukan untuk memastikan kesahihan pesta itu. Jika betul dan terbukti ada pesta tarian separuh bogel membabitkan pelancong asing dianjurkan, kita akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik chalet yang menganjurkan program berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita Berita Harian.

Dakwaan ini juga timbul selepas tersebar sebuah rakaman video menunjukkan seorang wanita melakukan tarian separuh bogel bersama seorang lelaki di sebuah chalet di pulau berkenaan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Oh! Makan


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 8/02/2019

0 comments:

Loading...