(Video) Driver Myvi ekori kereta depan terlalu rapat, jadi punca 4 penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan

Posted on Monday, August 05, 2019 | 8/05/2019



Empat penunggang motosikal cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 25 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dari Cyberjaya ke Kelana Jaya, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada 4.45 petang membabitkan tujuh buah kenderaan itu, empat mangsa termasuk tiga beradik merempuh kereta Perodua Myvi yang terlanggar belakang Mazda CX3 menyebabkan kereta itu terlajak dan melanggar Proton Persona di depannya. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kereta Perodua Myvi itu terdahulu terbabas dan melintang di jalan sebelum empat motosikal yang berada di laluan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh Myvi berkenaan. 




Penunggang pertama, Wan Muhammad Wan Kamaruzaman, 36, cedera di bahagian dada dan luka di lutut kiri. Penunggang kedua, Wan Azlan Wan Kamaruzzaman, 33, patah tulang pinggul dan pergelangan tangan kanan patah. 

Dua lagi mangsa, Wan Hussin Wan Kamaruzaman, 40, patah pergelangan tangan kiri dan Muhamad Faiz Mohamad, 25, retak kaki kiri. 

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan. 


Siasatan polis mendapati, pemandu Myvi mengekori Mazda CX3 terlalu rampat sehingga tidak sempat mengelak lalu berlaku kemalangan yang tidak diingini itu. 

Polis masih menunggu pemilik kereta Myvi tersebut untuk tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 8/05/2019

0 comments:

Loading...