(Video) Pasangan maut terjatuh dari jambatan ketika sedang ber-ehem-ehem


Pasangan yang sedang bermesra di jambatan maut selepas terjatuh dalam kejadian yang tidak diingini.

Pada malam kejadian di Peru, Maybeth Espinoz, 34, dan Hector Vidal, 36, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berhibur di sebuah kelab malam di Cusco, Sabtu lalu sebelum terjatuh dari ketinggina 50 kaki di Jambatan Bethlehem.

Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV). 

Pasangan berkenaan berhenti di jambatan itu untuk bermesra sambil bersandar di tepi pagar besi. Maybeth kemudian duduk di atas besi tersebut dan kakinya merangkul badan Hector. 

Bagaimanapun, Maybeth hilang keseimbangan dan mula terjatuh ke belakang yang juga turut menarik Hector jatuh bersama dengannya. 

Pasangan itu cuba berpaut pada besi pagar tetapi gagal lalu terjatuh dari ketinggian 50 kaki. 


Difahamkan, pasangan itu berpindah ke Cusco untuk bekerja sebagai pemandu pelancong. 

Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my